Posts

Bazar Warisan

Image
Bazar Warisan merupakan alternatif kepada pelancong yang ingin membeli- belah di Terengganu selain Pasar Payang. Ianya terletak berhampiran Pasar Payang dan mempunyai  dua blok bangunan setinggi 3 tingkat. Kedai-kedai di sini menjual kain batik sutera, kain songket, cenderamata dan sebagainya. Selain itu, kebanyakan pelancong gemar untuk membeli belah di sini kerana ingin membandingkan harga dengan barangan di Pasar Payang. Anda boleh buat perbandingan harga sendiri dengan mengunjungi kedai-kedai dikedua-dua tempat ini.😃💕

Pasar Payang

Image
    Jika anda seorang yang gemar membeli-belah, pasar payang merupakan tempat utama yang sering menjadi perhatian para pelancong untuk mendapatkan kraf tangan dan cenderamata dari terengganu seperti Keychain, baju Terengganu, Baju Batik, Songket Terengganu dan sebagainya dengan kualiti yang tinggi dan harga yang berpatutan. Selain itu, para peniaga di sini juga sangat ramah dan mesra dalam melayan kerenah pengunjung yang membuatkan mereka selesa dan ingin berkunjung ke sana lagi. 

Masjid Abidin, Kuala Terengganu

Image
Persinggahan seterusnya adalah di Masjid Abidin yang terletak di Kuala Terengganu. masjid ini sering menjadi pilihan para pengunjung kerana kawasannya yang cantik dan bersih. Masjid ini sangat bersih dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti telekung , sejadah, Al Quran dan sebagainya. Selain itu, ahli jawatankuasa masjid ini juga aktif dalam menghidupkan suasana yang mengimarahkan masjid seperti majlis ilmu, aktiviti gotong royong, pembahagian makanan percuma dan sebagainya. Pengunjung yang bertuah dapat merasai suasana tersebut yang jarang ditemui di tempat lain.😃💕

Dapo Pata, Pantai Tok Jembal

Image
Beralih pula pada destinasi yang seterusnya iaitu Dapo Pata. Tempat ini amat dikenali oleh orang ramai kerana kedudukannya yang strategik dan dipenuhi dengan kedai makan yang berkonsepkan kontena. Pada waktu malam, tempat ini amat mempesonakan. Selain itu, makanan yang ditawarkan juga bertemakan "western". Ia memberikan peluang kepada para pengunjung untuk merasai makanan ala barat yang pelbagai dengan harga yang berpatutan.😄💟

Bangunan PB Square, Kuala Terengganu

Image
  Destinasi yang seterusnya adalah bangunan UTC yang terletak di pusat bandar Kuala Terengganu. Tempat ini terletak bersebelahan dengan bangunan Paya Bunga Square dan boleh menyeberang melalui jambatan untuk ke Paya Bunga Square. Ini adalah salah satu keunikan yang terdapat di bangunan ini. Paya Bunga Square juga mempunyai banyak tempat yang menarik di dalamnya seperti pusat bowling, panggung wayang dan sebagainya. 😜😃

Pantai Teluk Ketapang

Image
Destinasi yang terakhir yang kami tuju adalah Pantai Teluk Ketapang. Pantainya yang bersih dan indah mampu menarik perhatian pengunjung yang berkunjung ke pantai tersebut. Selain itu, di sekeliling pantai tersebut juga,  terdapat ramai peniaga yang menjual makanan dan minuman kepada para pengunjung dan ia dikenali sebagai 'Street Food'. Oleh itu, pantai ini sesuai dikunjungi oleh keluarga yang ingin meluangkan masa dan beriadah bersama keluarga.  😍💗